Friday, 18 October 2013



Gambaran ringkas urusan Allah dan MakhlukNya – 

Al-Malaaikah, 
Al-Anbia' wal-Mursalin,
Ats-Tsaqalaan, Al-Jin dan Al-Ins 
mengenai Al-inzzar dan Al-basyar 
HakimiyahNya pada Kehidupan Dunia 
dalam lingkung qada’ dan qadar RahsiaNya.




Nabi Adam ‘alaihi s-salam
 Nabi Adam hidup pada 5872 - 4942 SM – Sebelum nabi Isa Al Masih 

1.   Nabi Adam dijadikan Khalifah Allah kepada tsaqalaan iaitu Jin dan Manusia.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلاَئِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الأَرْضِ خَلِيفَةً
Ini adalah lambang Khalifah Allah
2.   Nabi diajarkan Hikmah (Kalimat).
وَعَلَّمَ ءَادَمَ ٱلۡأَسۡمَآءَ كُلَّهَا
Ini adalah lambang Ilmu dan Hikmah
3.   Perintah kepada Makhluk
ٱسۡجُدُواْ لِأَدَمَ
Ini adalah lambang Kesetiaan Kepada Allah (Baiatu Lillah)                                       
Allah beri panduan di dalam Al Quran tentang Jawatan Khalifah yang mempunnyai Ilmu dan Hikmah Allah untuk mentadbir dan menyeru manusia taat kepada Khalifah Allah dan sekaligus mentaati Allah. Buat kali pertama di antara Makhluk Malaikat dan Tsaqalan iaitu Jin dan Manusia disuruh taat (sujud), Iblis wakil Jin dan kemudian Qabil wakil Manusia tidak patuh. Iblis dilaknat dah dan dijatuhkan Hukuman Ahli Neraka. Umur Iblis dilanjutkan atas permintaannya dan berjanji menggoda manusia. Adam melantik Habil menjadi wasi-nya untuk jawatan Khalifah Allah seterusnya. Qabil menentang lantikan tersebut lalu membunuh Habil. Nabi Syits menjadi wasi seterusnya Khalifah Allah.
Pengajaran:

1.   Hak melantik khalifah Allah adalah hak Allah.
2.   Nama jawatan khalifah dan rasul (utusan) Allah ialah Nabi dan Wasi.
3.   Iblis makhluk pertama ingkar, kafir dan zalim pada diri sendiri. “Ana” nya terlalu tinggi (takbur) kepada Dia (HUA-Allah)
4.   Wasi pembantu dan pengganti Khalifah (Habil) tidak sempat menjadi utusan Allah.
5.   Qabil tergoda oleh Iblis “Ana” nya menolak lantikan Wasi terhadap Habil oleh Dia (HUA-Allah) melalui Adam.
6.   Malaikat, anak-anak Adam dan Jin-jin yang taat dan tidak terjangkit oleh “Ana” Iblis adalah mereka yang beriman.
7.   Itu Dunia pada 1000 yang pertama Adam Dilahirkan (sehingga 930 SA (Selepas Adam Jadi Khalifah).
glob oooo3.jpg

Nabi Uli Al-Azem {[Yang Memiliki Keteguhan Hati] (Ulul’Azmi)}

Muhammad
Isa
Musa
Ibrahim
Nuh
Bacalah Al Quran tentang Khalifah Allah ini. Ulang-ulangan cerita mereka di dalam Al Quran tentu banyak sebabnya. Nama 25 nabi-nabi yang tercatat di dalam Al Quran daripada sejumlah besar nabi-nabi (124 000) di sepanjang zaman

Ada di antara mereka disebut banyak kali seperti Nabi Musa disebut lebih daripada 130 kali dan lebih daripada 520 ayat melibatkannya. Ada diantara mereka bertaraf tinggi iaitu, Nabi Uli Al-Azem {[Yang Memiliki Keteguhan Hati] (Ulul’Azmi)}  yang mempunyai cara dakwah unggul dan ujian yang maha dahsyat.

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ

35. maka Bersabarlah Engkau sebagaimana sabarnya Rasul-rasul "Ulil-Azmi" (yang mempunyai keazaman dan ketabahan hati) dari kalangan Rasul-rasul; dan janganlah Engkau meminta disegerakan (azab) untuk mereka . Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat (azab) Yang dijanjikan kepada mereka, (seolah-olah mereka merasai) tidak pernah tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja di siang hari.  Mencukupilah, menjadi pelajaran. maka tidak dibinasakan melainkan kaum Yang fasik - derhaka.

                                                    
شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ     
  
13. Allah telah mensyari’atkan kepada kamu - mengenai agama - apa yang telah diwasiatkan dengannya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), dan juga Yang telah Kami wasiatkan dengannya kepada Ibrahim dan Musa serta Isa, iaitu: "Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah belah padanya". berat bagi orang-orang musyrik apa Yang Engkau seru mereka kepadaNya. Allah melorongkan krpadanya sesiapa Yang dikehendakiNya, dan memberi hidayah kepada (agama)nya itu sesiapa Yang rujuk kembali kepadanya.

S Asy Syuraa 42:13


Tahun Selepas Adam
Adam
Lahir
0
Wafat
930
Nuh
1879
2829
Ibrahim
3875
4050
Musa
4345
4464
Isa
5871
5903
Muhammad
6474
6535


Tidak kurang juga yang hanya sekali dua sahaja disebutkan di dalam di dalamnya seperti nama Zulkefli, Idris, Ilyas dan Ilyasa’
               
Ibrahim lebih kurang 100 ayat

Wahyu kepada 11 nabi an nisa’ 163
10 haq al Huquq al asyarah Nisa 36



No comments:

Post a Comment