Asalaamu ‘alaiku
Apa yang ku pelajari dari Al
Yamani??? IMAM AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI (wasi dan utusan Al-Mahdi)
1. Disaat aku teraba-raba, mencari-cari jalan yang
lurus, jalan yang lurus itu padaku disimpul mengikut hadis Jibril. Kata
Jibril kepada Muhammad An Nabiy, “Akhbirni ‘ani l-Islam…, Faakhbirni ‘ani
l-Imaan…, Faakhbirni ‘ani l-Ihsaan…, Faakhbirni ‘ani s-Sa’ah (qiaamah)…, Faakhbirni
‘an Amaraatiha…”
Rupanya
ke semuanya tersimpul pada, [أَطَعْنَا اللَه وَأَطَعْنَا الرَّسُولا]1 “Ata’na Allah wa
ata’ana r-Rasula”. Luasnya Ilmu dan Hikmah Allah dan Risalah Ar-Rasul
menyebabkan terlalu banyak firqah yang lahir dan wujud di sepanjang zaman,
terutama sejak kematian Muhammad saw (shalLallahu ‘alaihi waaalihissalaam).
2. Hakimiyah Allah: Aku di ajar oleh Al-Yamani itu. Kerajaan Allah [قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ]2 (Katakan: Ya Allah
Pemilik Kerajaan…) itulah yang melantik khalifahnya. Kerana dialah yang
mencipta bumi dan penghuninya (ats-Tsaqaalan) Jin dan Manusia.
a. Dialah (Allah) yang melantik Adam, Hujjah
pertama Allah atau khalifah Allah sejak mula ditempatkan manusia di muka
bumi walaupun ia dipersoalkan oleh para Malaikat.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ
إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ
يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ
لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan ketika Tuhanmu
berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang
khalifah di bumi". mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan
di bumi itu yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal Kami
sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman:
"Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui".
(Al-Baqarah 2:30)
b. Hujjah atau Khalifah Allah itu dibekalkan ilmu
dan Hikmah Allah mengikut kesesuaian kaum atau umat manusia di zamannya:
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا
ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ
هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ
بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ
لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا
تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
Dan setelah diajarkan Adam, nama-nama segalanya,
kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: "Terangkanlah
kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Allah berfirman: "Wahai Adam! Ceritakanlah nama
benda-benda semua ini kepada mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan
nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah
katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi,
dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?".
(Al-Baqarah 2:31 dan 33)
c.
Hujjah
dan Khalifah yang dilantik Allah itu mesti ditaati sebagai tanda mentaati Allah
[البيعة
لله], Ketaatan Milik Allah, Al-Baitu Lillah. Makhluk
Allah, Malaikat, Jin (Iblis, kaana mina l-Jin) dan manusia mesti sujud tanpa takwil
dan patuh sepenuhnya:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا
إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan ketika Kami berfirman
kepada malaikat: "Sujudlah kepada Nabi Adam". lalu mereka sujud
melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang
kafir. (Al-Baqarah
2:34)
3. Rahsia peristiwa Habil yang dibunuh Qabil
disingkap oleh Imam Ahmad (Al-Yamani). Qabil membunuh Habil bukanlah kerana
berebut pasangan adik beradik. Perkahwinan adik beradik adalah haram sejak
dahulu lagi. Habil seorang yang taat
diberi pasangan dari bidadari syurga, sementara Qabil yang tergoda
ajakan Iblis dipasangkan dengan yang jahat (berasal-usul dari jin) sepertinya. Sewaktu
hujung usia Adam (wafat ketika berusia lebih kurang 930 tahun) Adam melantik
Habil sebagai wasi (bakal pengganti Adam) atas perintah Allah.
Qabil tidak bersetuju dan tidak puas hati lalu membunuh Habil. Akhirnya Adam
melantik Sits sebagai wasi dan penggantinya, yang kemudian di kenal sebagai
Nabi Sits.
4. Di sepanjang sejarah umat manusia yang
berkembang biak dan tamadun yang semakin maju Hakimiyah
Allah tetap terlaksana, walaupun para
Rasul (utusan) dan Khalifah yang dilantik Allah ini memiliki ilmu
dan Hikmah dan saranan atau seruan Al-Baitu Lillah (Ketaatan pada Allah) ini tetap tetap berjalan tetapi masih ada makhluk
tsaqaalan (Jin dan Manusia) yang terjangkit takbur Iblis yang mementingkan diri
mempersoalkan:
a. Lantikan Khalifah Allah melalui nabi
sebelumnya.
b. Ilmu dan Hikmah para khalifah Allah, Wahyu
dan Al Kitab.
c. Tidak mahu taat dengan lantikan Allah malah
cenderung memilih sendiri.
Di dalam Al-Quran menceritakan seruan dan
dakwah, seramai 25 nama Nabi-Nabi disebutkan walaupun nabi-nabi dan rasul
berjumlah 124 000 orang dan di antara mereka disebut
banyak kali seperti Nabi Musa disebut lebih daripada 130 kali dan lebih
daripada 520 ayat melibatkannya. Ada diantara mereka bertaraf tinggi iaitu,
Nabi Uli Al-Azem {[Yang Memiliki Keteguhan Hati] (Ulul’Azmi)} dibukukan oleh Imam
Ahmad sebuah Kitab bertajuk ‘اضاءات من دعوات المرسلين’
(Pencerahan Dari Dakwah Para Rasul). Kelima-lima rasul mempunyai method dan
pendekatan dakwah yang berbeza kepada kaum atau umatnya. yang mempunyai cara dakwah unggul dan ujian yang maha dahsyat.
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ
مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا
يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ
يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ
Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya
"ulil-azmi" dari kalangan rasul-rasul; dan janganlah engkau meminta
disegerakan (azab) untuk mereka . Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat
(azab) yang dijanjikan kepada mereka, (seolah-olah mereka merasai) tidak pernah
tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja di siang hari.
Mencukupilah, menjadi pelajaran. maka tidak dibinasakan melainkan kaum
Yang fasik - derhaka. (Al-Ahqaf 46:35)
شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ
مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي
أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ
أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا
تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ
يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ
13. Allah telah mensyari’atkan kepada kamu - mengenai agama - apa
yang telah diwasiatkan dengannya kepada Nabi Nuh, dan
yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), dan juga Yang
telah Kami wasiatkan dengannya kepada Ibrahim dan Musa serta Isa,
iaitu: "Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah belah
padanya". berat bagi orang-orang musyrik apa yang engkau seru mereka kepadaNya. Allah
melorongkan krpadanya sesiapa yang dikehendakiNya,
dan memberi hidayah kepada (agama)nya itu sesiapa yang rujuk
kembali kepadanya. S Asy Syuraa 42:13)
5. Apabila mengetahui ada utusan Imam Mahdi
telah zuhur Wakil dari New York Times menghantar pertanyaah:
Salam alaikum wa rahmatollah wa
barakatuh,
Berikut adalah beberapa persoalan yang
kami mahukan tuan yang mulia menjawabnya dalam masa terdekat, tujuannya adalah
untuk menyebarkan jawaban ini untuk percetakan, berkaitan misi anda dan
kumpulan Imam Al Mahdi. Terdapat banyak sekali surat khabar Amerika yang mahu
menerbitkan artikel ini, seperti NY Times, Wahshington Post dan Newsweek.
Sekian.
Oleh: Zyad Qasim Al Zubaidi, Jurnalis
Bebas, NY, Amerika Syarikat.
Q2: Apakah matlamat misi kamu?
Misi matlamat ku adalah sama dengan
matlamat para Nabi, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (saw),
iaitu untuk menyebarkan kesatuan sebenar dan keadilan setelah ia dipenuhi
dengan kezaliman dan penindasan.
Q3: Bilakah misi kamu bermula dan
bagaimana keadaan ketika bermula misi itu?
Misi ku bermula di penghujung tahun
1999, di Hauzah al Najf. Ia mula tersebar ke masyarakat awam 10 bulan sebelum
kejatuhan Saddam Hussain. Beliau turut membuat percubaan untuk menahan dan
membunuh ku, namun dengan rahmat Allah, aku terlindung darinya.
Q5: Apakah langkah-langkah yang kamu ambil
untuk membuat perubahan di Hauzah tersebut. Dan adakah ia berjaya?
Percubaan ku untuk mereformasikan
hauzah bermula awal misi ku dan sebelum da’wah secara terang-terangan.
Noktah-noktah penting adalah tiga perkara...................
Al Yamani, IMAM
AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI (wasi dan utusan Al-Mahdi) membawa seruan para rasul
dan menepati perjuangan yang digambarkan Rasulullah … iaitu untuk menyebarkan kesatuan sebenar dan keadilan setelah ia
dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
6.
No comments:
Post a Comment