Asalaamu ‘alaiku
Apa yang ku pelajari dari Al Yamani??? IMAM AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI
(wasi dan utusan Al-Mahdi)
1.
Disaat aku teraba-raba,
mencari-cari jalan yang lurus, jalan yang lurus itu padaku disimpul mengikut
hadis Jibril. Kata Jibril kepada Muhammad An Nabiy, “Akhbirni ‘ani l-Islam…,
Faakhbirni ‘ani l-Imaan…, Faakhbirni ‘ani l-Ihsaan…, Faakhbirni ‘ani s-Sa’ah
(qiaamah)…, Faakhbirni ‘an Amaraatiha…”
Rupanya ke semuanya tersimpul pada, [أَطَعْنَا اللَه وَأَطَعْنَا الرَّسُولا]1
“Ata’na Allah wa ata’ana r-Rasula”. Luasnya Ilmu dan Hikmah Allah dan Risalah
Ar-Rasul menyebabkan terlalu banyak firqah yang lahir dan wujud di
sepanjang zaman, terutama sejak kematian Muhammad saw (shalLallahu ‘alaihi
waaalihissalaam).
2.
Hakimiyah Allah: Aku di ajar oleh Al-Yamani
itu. Kerajaan Allah [قُلِ اللَّهُمَّ
مَالِكَ الْمُلْكِ]2 (Katakan: Ya
Allah Pemilik Kerajaan…) itulah yang melantik khalifahnya. Kerana dialah yang
mencipta bumi dan penghuninya (ats-Tsaqaalan) Jin dan Manusia.
a.
Dialah (Allah) yang
melantik Adam, Hujjah pertama Allah atau khalifah Allah sejak
mula ditempatkan manusia di muka bumi walaupun ia dipersoalkan oleh para Malaikat.
وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي
جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا
وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ
إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat;
"Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka
bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu yang akan membuat
bencana dan menumpahkan darah, padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu
dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku lebih
mengetahui apa yang kamu tidak ketahui". (Al-Baqarah 2:30)
b. Hujjah
atau Khalifah Allah itu dibekalkan ilmu dan Hikmah Allah mengikut
kesesuaian kaum atau umat manusia di zamannya:
وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ
عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ
إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ ۖ
فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي
أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا
كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
Dan setelah diajarkan
Adam, nama-nama segalanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman:
"Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang
benar".
Allah
berfirman: "Wahai Adam! Ceritakanlah nama benda-benda semua ini kepada
mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada
mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu,
bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui
apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (Al-Baqarah 2:31
dan 33)
c. Hujjah
dan Khalifah yang dilantik Allah itu mesti ditaati sebagai tanda mentaati Allah
[البيعة لله], Ketaatan Milik Allah, Al-Baitu Lillah. Makhluk
Allah, Malaikat, Jin (Iblis, kaana mina l-Jin) dan manusia mesti sujud tanpa takwil
dan patuh sepenuhnya:
وَإِذْ قُلْنَا
لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ
وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kepada Nabi
Adam". lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan
menjadilah ia dari golongan Yang kafir. (Al-Baqarah
2:34)
3. Rahsia
peristiwa Habil yang dibunuh Qabil disingkap oleh Imam Ahmad (Al-Yamani). Qabil
membunuh Habil bukanlah kerana berebut pasangan adik beradik. Perkahwinan adik
beradik adalah haram sejak dahulu lagi. Habil seorang yang taat diberi pasangan dari bidadari syurga,
sementara Qabil yang tergoda ajakan Iblis dipasangkan dengan yang jahat
(berasal-usul dari jin) sepertinya. Sewaktu hujung usia Adam (wafat ketika
berusia lebih kurang 930 tahun) Adam melantik Habil sebagai wasi (bakal
pengganti Adam) atas perintah Allah. Qabil tidak bersetuju dan tidak
puas hati lalu membunuh Habil. Akhirnya Adam melantik Sits sebagai wasi dan
penggantinya, yang kemudian di kenal sebagai Nabi Sits.
4. Di
sepanjang sejarah umat manusia yang berkembang biak dan tamadun yang semakin
maju Hakimiyah Allah tetap terlaksana, walaupun
para Rasul (utusan) dan Khalifah yang dilantik Allah ini memiliki ilmu dan Hikmah dan saranan atau seruan Al-Baitu Lillah (Ketaatan pada Allah) ini
tetap tetap berjalan tetapi masih ada makhluk tsaqaalan (Jin dan Manusia) yang
terjangkit takbur Iblis yang mementingkan diri mempersoalkan:
a. Lantikan
Khalifah Allah melalui nabi sebelumnya.
b. Ilmu
dan Hikmah para khalifah Allah, Wahyu dan Al Kitab.
c. Tidak
mahu taat dengan lantikan Allah malah cenderung memilih sendiri.
Di
dalam Al-Quran menceritakan seruan dan dakwah, seramai 25 nama Nabi-Nabi
disebutkan walaupun nabi-nabi dan rasul berjumlah 124 000 orang dan di antara mereka disebut banyak kali seperti Nabi Musa
disebut lebih daripada 130 kali dan lebih daripada 520 ayat melibatkannya. Ada
diantara mereka bertaraf tinggi iaitu, Nabi Uli Al-Azem {[Yang
Memiliki Keteguhan Hati] (Ulul’Azmi)} dibukukan oleh Imam Ahmad sebuah Kitab bertajuk ‘اضاءات من دعوات المرسلين’ (Pencerahan Dari Dakwah Para Rasul). Kelima-lima
rasul mempunyai method dan pendekatan dakwah yang berbeza kepada kaum atau
umatnya. yang mempunyai cara dakwah unggul dan ujian
yang maha dahsyat.
فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا
تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ
يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا
الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ
Maka bersabarlah
engkau sebagaimana sabarnya "ulil-azmi" dari kalangan rasul-rasul;
dan janganlah engkau meminta disegerakan (azab) untuk mereka . Sesungguhnya
keadaan mereka semasa melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka,
(seolah-olah mereka merasai) tidak pernah tinggal (di dunia) melainkan sekadar
satu saat sahaja di siang hari. Mencukupilah, menjadi pelajaran. maka
tidak dibinasakan melainkan kaum Yang fasik - derhaka. (Al-Ahqaf
46:35)
شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ
أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا
تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ
يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ
13. Allah telah mensyari’atkan kepada kamu - mengenai agama - apa
yang telah diwasiatkan dengannya kepada Nabi Nuh, dan
yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), dan juga Yang
telah Kami wasiatkan dengannya kepada Ibrahim dan Musa serta Isa,
iaitu: "Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah belah
padanya". berat bagi orang-orang musyrik apa yang engkau seru mereka kepadaNya. Allah
melorongkan krpadanya sesiapa yang dikehendakiNya, dan memberi hidayah
kepada (agama)nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya. S Asy Syuraa 42:13)
5. Apabila
mengetahui ada utusan Imam Mahdi telah zuhur Wakil dari New York Times menghantar
pertanyaah:
Salam
alaikum wa rahmatollah wa barakatuh,
Berikut
adalah beberapa persoalan yang kami mahukan tuan yang mulia menjawabnya dalam
masa terdekat, tujuannya adalah untuk menyebarkan jawaban ini untuk percetakan,
berkaitan misi anda dan kumpulan Imam Al Mahdi. Terdapat banyak sekali surat
khabar Amerika yang mahu menerbitkan artikel ini, seperti NY Times, Wahshington
Post dan Newsweek.
Sekian.
Oleh:
Zyad Qasim Al Zubaidi, Jurnalis Bebas, NY, Amerika Syarikat.
Q2:
Apakah matlamat misi kamu?
Misi
matlamat ku adalah sama dengan matlamat para Nabi, Nuh, Ibrahim,
Musa, Isa dan Muhammad (saw), iaitu untuk menyebarkan kesatuan sebenar dan
keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
Q3:
Bilakah misi kamu bermula dan bagaimana keadaan ketika bermula misi itu?
Misi
ku bermula di penghujung tahun 1999, di Hauzah al Najf. Ia mula tersebar ke masyarakat
awam 10 bulan sebelum kejatuhan Saddam Hussain. Beliau turut membuat percubaan
untuk menahan dan membunuh ku, namun dengan rahmat Allah, aku terlindung
darinya.
Q5:
Apakah langkah-langkah yang kamu ambil untuk membuat perubahan di Hauzah
tersebut. Dan adakah ia berjaya?
Percubaan
ku untuk mereformasikan hauzah bermula awal misi ku dan sebelum da’wah secara
terang-terangan. Noktah-noktah penting adalah tiga perkara...................
Al Yamani, IMAM AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI (wasi dan
utusan Al-Mahdi) membawa seruan para rasul dan menepati perjuangan yang digambarkan
Rasulullah … iaitu untuk menyebarkan kesatuan sebenar dan keadilan setelah ia
dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
6.
No comments:
Post a Comment