Thursday, 28 November 2013

Perbezaan Zaman Kezuhuran Dan Zuhurnya Imam Mahdi Muhammad bin al-Hassan al-Askariy (as).

Dikirim oleh Muhammad Eshraq 

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh..

Para ansarullah yang dirahmati Allah sekalian,

Maafkan saya kerana terpaksa membetulkan satu kekeliruan yang saya rasakan amat perlu untuk diperbetulkan di kalangan ansar ketika menyampaikan dakwah Imam Ahmad Al Hassan Al Yamani as. Saya dapati ada sesetengah ansar yang membuat post atau komen facebook mengatakan Imam Mahdi Muhammad bi al-Hassan (as) sudah pun ZUHUR. Kenyataan seperti ini tidak sepatutnya keluar daripada ansar kerana ianya akan membawa kekeliruan kepada orang yang kita dakwahkan terutamanya syiah marajik. Apabila kita mengeluarkan kenyataan sebegini seolah-olah kita mengatakan bahawa keghaiban penuh Imam Mahdi (as) telah pun tamat. Sedangkan Imam Ahmad Al Hassan (as) dan ansar-ansar yang rapat dengannya tidak pernah menyatakan sebegini.

Memang Imam Ahmad (as) ada menyatakan bahawa kita sekarang ini berada di ZAMAN KEZUHURAN, tetapi yang dimaksudkan oleh Imam Ahmad (as) dengan zaman kezuhuran di sini bukanlah Imam Mahdi Muhammad bin al-Hassan al-Askariy (as) telah pun ZUHUR. Yang Imam Ahmad (as) maksudkan adalah kezuhuran Imam Mahdi (as) itu dimulai dengan beliau (as) mengutuskan wasi dan utusannya kepada khalayak ramai. Di mana bermula ujian, tapisan dan saringan di kalangan umat syiah yang mempercayai Imam Mahdi (as) sebagai Imam Keduabelas, sehingga yang tinggal hanyalah tersangat sedikit bilangannya iaitu 313 dan 10,000 ansarnya. Yang mana keimanan serta keyakinan mereka kepada yang ghaib (yakni Imam Mahdi as) adalah solid dan jitu. Inilah maksud ZAMAN KEZUHURAN sepertimana yang dijelaskan oleh Imam Ahmad (as) dan yang difahami oleh ansar-ansarnya yang terdekat, sepertimana yang termaktub dalam kitab-kitab karangan mereka.

Perkara ini dijelaskan di dalam kitab Qiraatun Jadidah fi Riwayat as-Samari (penemuan atau pembacaan baharu terhadap riwayat as-Samari) yang dikarang oleh Ustaz Dhiya' uz-Zaydi, salah seorang syeikh ansar yang giat mengarang kitab-kitab berkaitan dakwah Al Yamani as.

Di dalam kitab ini ustaz Dhiya' uz Zaydi menerangkan riwayat as Samari yang menjadi hujah utama golongan syiah marajik menolak Imam Ahmad Al Hassan (as), hadisnya seperti berikut:

Syeikh Saduq (r.a) meriwayatkan daripada Ali bin Muhammad Al Samari dengan sanad yang sahih, dia telah berkata: “Telah diceritakan kepada kami oleh Abu Muhammad Al Hassan bin Ahmad Al Maktab, dia telah berkata: Aku telah berada di Bandar Al Salam di tahun berlakunya kematian Syeikh Ali bin Muhammad Al Samari (semoga Allah mensucikan ruhnya), aku telah melawatnya beberapa hari sebelum kematiannya, dan dia telah mengeluarkan kepada khalayak ramai Tawqi’ (surat bercop mohor Imam Al Mahdi a.s) yang dicatatnya: “Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih, wahai Ali bin Muhammad Al Samari (semoga Allah membesarkan pahala saudara-saudara kamu pada kamu), sesungguhnya kamu akan mati dalam tempoh masa enam hari! Oleh itu, selesaikanlah segala urusanmu dan jangan kamu mewasiatkan kepada sesiapapun untuk menggantikan tempat kamu. AKU TELAH DIARAHKAN UNTUK GHAIBAH PENUH DAN TIDAK ADA KEMUNCULAN (ZUHUR) MELAINKAN SETELAH DIZINKAN ALLAH AZZA WA JALLA, IAITU UNTUK SATU TEMPOH YANG LAMA, HATI-HATI MANUSIA MENJADI KERAS DAN BERLELUASANYA KEKEJAMAN. MAKA AKAN ADAN DI KALANGAN SYIAHKU YANG MENDAKWA TELAH MELIHATKU (MUSYAHADAH). SIAPA YANG MENDAKWA TELAH MELIHATKU SEBELUM KELUARNYA SUFYANI DAN SAIHAT (SUARA/ JERITAN DARI LANGIT), MAKA DIA ADALAH PEMBOHONG BESAR. Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung.” Dia berkata lagi: Maka kami telah mencatatkannya dan kami meninggalkannya selepas itu. Kami kembali kepadanya pada hari keenam dan dia mengelokkan dirinya, seraya ditanyakan kepadanya: “Siapakah wasiy (pemegang wasiat) kamu setelah kamu?” Lalu dia berkata: “Bagi Allah urusan itu dan Dia lah yang menyampaikannya.” Dia (r.a) meninggal dunia selepas itu, dan itu adalah perkataan terakhir yang kami telah dengar darinya.

Di dalam hadis ini ada dua ungkapan yang berbeza makna dan pengertian iaitu ZUHUR (kemunculan) dan MUSYAHADAH (penglihatan/ penyaksian). Dalam menerangkan kedua-dua makna perkataan, ustaz Dhiya' uz Zaydi menyatakan bahawa zuhur adalah berbeza dengan musyahadah kerana zuhur itu dimulai dengan Imam Mahdi Muhammad bin al-Hassan (as) mengutuskan wasi dan utusannya kepada khalayak umum, setelah berlalu tempoh masa yang lama, hati-hati menjadi keras dan berleluasanya kekejaman. Tatkala Musyahadah pula adalah penyaksian mata iaitu samada penyaksian secara berseorangan atau beramai-ramai. Musyahadah dengan maksud yang pertama iaitu penyaksian berseorangan, maka hal ini telah pun berlaku di sepanjang sejarah keghaiban penuh. Di mana ramai individu yang dirahmati oleh Allah SWT telah pun bertemu dan membawa mesej daripada Imam Mahdi (as). Perkara ini disepakati oleh para ulama syiah dahulu hingga kini, tetapi malangnya mereka membuat pengecualian terhadap Imam Ahmad (as) kerana perasaan hasad dengki mereka terhadap wasi yang diutuskan.

Yang dimaksudkan dengan hadis as-Samari ini adalah musyahadah atau penyaksian beramai-ramai. Inilah penyaksian yang dikategorikan sebagai PEMBOHONG BESAR, kerana penyaksian beramai-beramai ini hanya akan berlaku setelah berlakunya dua perkara iaitu keluarnya SUFYANI dan SAIHAT. Ini bermaksud GHAIBAH PENUH masih lagi belum tamat buat masa ini, sehinggalah terlaksananya dua perkara ini iaitu Sufyani dan Saihat.

Akhirnya, saya minta tuan2 dan puan2 para ansar yang dirahmati Allah sekalian berhati-hati dalam menyampaikan maksud sebenar kezuhuran atau zaman kezuhuran Imam Mahdi (as), kerana ditakuti kita termasuk ke dalam golongan PEMBOHONG BESAR yang dimaksudkan oleh hadis di atas dan sekaligus mengelirukan orang ramai. Semoga kita tidak mengulangi kesilapan sama yang dilakukan pengikut-pengikut heshemboy yang mendakwa Imam Mahdi (as) telah zuhur dan berhubung dengan orang ramai melalui satu akaun di youtube. Ini adalah satu pembohongan besar terhadap Imam Mahdi (as), sekaligus membelakangkan perintah Imam Ahmad (as) yang mengatakan bahawa Imam Mahdi (as) tidak berhubung dengan sesiapa jua pun melainkan melalui wasi dan utusannya. Seterusnya menghukumkan pengklaim Imam Mahdi (heshemboy) sebagai pendusta dan yang mengikutnya adalah sesat, serta meminta mereka yang mengikutnya supaya menginggalkan kesesatan tersebut.

Semoga penjelasan yang sedikit ini dapat diambil manfaat dan sekiranya ada persoalan, saya akan cuba menjawabnya sekadar kemampuan dan keilmuwan yang saya ada, insya Allah.

wallahu a'lam...

Pengurus Tabung Baitumal Dan Tabung Hauzah

Dikirim oleh Muhammad Eshraq

Assalamualaikum wbt..

Para ansar Allah yang dirahmati Allah sekalian. Berikut adalah nama pengurus tabung Baitulmal yang baru dan pengurus tabung hauzah bagi Malaysia dan Singapura:

Pengurus Tabung Baitumal: Ahmad Farhan bin Azmi (Ibnu Azmi). Disertakan screenshot email perlantikan akhi Ibnu Azmi daripada pengurus Baitulmal Am di Iraq sepertimana di bawah.

Pengurus tabung hauzah:Rafiuddin Afif Ali.

Harap tuan2 dan puan2 dapat memberikan kerjasama kepada kedua2 penama di atas dalam menjalan amanah yang diletakkan di atas bahu-bahu mereka, insya Allah.

Selamat menjalankan tugas akhi Ibnu Azmi dan akhi Rafiey. Semoga Allah menetap dan meluruskan jejak langkah kita dalam berkhidmat kepada al-Yamani Keluarga Muhammad..amiin ya Allah.

Mohamad Sidik Slm tuan, apa beza pengurus baitul mal & tabung hauzah? Kalau duit utk baitul mal akan digunakan ke mana? Duit tabung hauzah pula diguna ke mana?

AA: alhamdulillah,selesai sudah urusan-urusan yg penting dan semoga kerjasama kita akan memudahkan lagi tugas-tugas mereka.....ameen ya Allah.

AA: Di rumah saya ada 2 tabung.1 tabung imam dan satu lagi tabung ansar,tabung ansar hampir 95% telah digunakan utk bantu seorang ansar yg sangat-sangat memerlukan dan tabung imam tak boleh nak buat apa-apa kecuali dapat izin dari baitulmal pusat.Mungkin sekarang saya boleh rujuk pada tuan IA utk kegunaan tabung imam tersebut.

ME: Baitulmal ada dua tabung iaitu tabung ansar dan tabung Imam. Tabung ansar adalah daripada pembayaran zakat, sedekah, diyat atau kafarah. Yang mana ianya akan diagihkan kepada ansar2 yg memerlukan mengikut asnaf. Bagi tabung Imam pula meliputi pembayaran khumus, hadiah Imam dan silatul

ME: Tabung hawzah adalah khusus bagi mengumpul dana untuk mengurus dan mengendalikan
Ibnu Azmi jadi, adakah perlu untuk setiap kali seseorang saudara ingin membayar pada baitul mal, mereka menyatakan samada untuk tabung imam atau Ansar?

ME: Bahagian Imam di dalam tabung Imam digunakan khusus untuk tujuan penyebaran dakwah Imam (as) di bumi Malaysia dan Nusantara, sepertimana izin Imam (as).

ME:  Amat perlu tuan Ibnu kalau tidak celaru nanti.

ME:  mostly adalah lebihan duit zakat fitrah itu hari. jadi ianya masuk dalam kategori sedekah untuk ansar bawah tabung ansar.

Ox L: Alhamdullilah...

M A: Mohon diperjelaskan jenis2 sumbangan yg wajib dulu...

M Adli A Aziz: Alhamdulillah. Tahniah diucapkan

ME:  Sumbangan yang wajib adalah: 1) khumus (bila terdapat lebihan dalam enam perkara yg diwajibkan khumus). 2) Zakat (tanaman, haiwan ternakan, perniagaan, emas dan perak dll) apabila cukup haul dan nasab . 3) Kaffarah apabila tidak menunaikan sumpah yg dibuat, meninggalkan puasa dgn sengaja di bulan ramadhan dsbgnya. Insya Allah, tuan Ibnu akan perincikan nanti...

MUZAKARAH KEBENARAN DAKWAH AL-YAMANI

Dikirim oleh Mohamad Sidik

MUZAKARAH KEBENARAN DAKWAH AL-YAMANI

Assalamu'alaikum wrt wbt sahabat2 ansar yg dirahmati Allah sekalian,

Di sini saya ingin menyampaikan beberapa hujah sebagai muzakarah kita untuk mereka yang masih ada keraguan terhadap kebenaran dakwah Imam Ahmad Hasan Al-Yamani:

1. Kebenaran itu bukan sekadar dinilai berdasarkan ru'yah 'irfani sahaja, kerana ru'yah dan kasyaf 'irfani itu boleh sahaja dipengaruhi oleh iblis, terutama bagi orang-orang awam yang lalai dan ghairu 'amilin (kurang beramal) seperti kebanyakan kita.

2. Pokok utama kebenaran hakikat dakwah Imam Ahmad Hasan Al-Yamani adalah dinilai berdasarkan HUJAH-HUJAH imam pada 'kebenaran tauhid' dan 'keadilan syariat' yang dibawa bersamanya. Hakikat 'kebenaran tauhid' dan 'keadilan syariat' inilah dua pokok utama yang akan menjadi hujah kepada kebenaran Al-Yamani sampai bila-bila.

3. Andainya Imam Al-Mahdi tidak zuhur atau kezuhurannya akan lewat sekalipun sekiranya berlaku Bada Allah pada kezuhurannya, maka Imam Ahmad Al-Hasan itu tetap imam dan pembaharu agama bagi syariat Muhammad SAW.

Ini sebagaimana kata Imam Ja'far Sodiq tentang hal imam Al-Hasan dan Al-Husain:

الحسن والحسين إما قاما أو قاعدا فإنهما إماما

"Al-Hasan dan Al-Husain sama ada mereka berdua itu bangkit bertindak atau duduk berdiam diri, sesungguhnya mereka berdua itu tetap imam." [Rujuk: 
عبقرية الإمام]

Hal ini sama dengan situasi Imam Ahmad Al-Hasan dan Imam Al-Mahdi, sama ada kedua-dua mereka berdiam diri (tidak zuhur) atau mereka berdua bangkit bertindak (dengan kezuhuran), maka mereka berdua itu tetap imam bagi kita.

4. Andainya Hashemboy itu dikatakan imam Al-Mahdi, maka wajiblah baginya mendatangkan HUJAH-HUJAH sebagaimana hujah-hujah yang didatangkan oleh Imam Ahmad atau hujah-hujah yang lebih kuat daripada Imam Ahmad. Para imam itu adalah HUJAH-HUJAH Allah di atas di muka bumi.

6. Mu'jizat2 pada hal Imam Ahmad Al-Hasan atau karamah2 Hashemboy bukanlah penentu utama kebenaran dakwah masing2. Dari sudut ke'irfanan, tujuan mu'jizat rasul adalah untuk MENJAWAB CABARAN kepada orang2 yang ingkar terhadap utusan atau sebagai satu bentuk PERTOLONGAN ALLAH kepada orang2 yang beriman pada khalifah lantikanNya. Penentu dan kayu ukur utama dalam menilai kebenaran ialah HUJAH, sebagaimana Muhammad SAW dan Al-Quran adalah HUJAH Allah bagi kaum Muslimin. Manakala bagi para musuh Allah, segala kaeajaiban pada mereka adalah fitnah untuk pengikut kebenaran.

7. Bagi setiap khalifah Allah yang diutuskan itu, nescaya akan datang bersama-samanya satu fitnah besar yang akan sentiasa mengiringinya. Ia bertujuan bagi membersihkan dan menentukan siapakah orang-orang yang benar2 akan kekal bersama dakwah rasulNya dan siapakah pula orang-orang yang terpesong daripada jalan kebenaran Allah dan khalifah lantikannya.

Firman Allah SWT dalam al-Quran:

ادْعُ إِلَىٰ سَبِيلِ رَبِّكَ بِالْحِكْمَةِ وَالْمَوْعِظَةِ الْحَسَنَةِ ۖ وَجَادِلْهُم بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ ۚ إِنَّ رَبَّكَ هُوَ أَعْلَمُ بِمَن ضَلَّ عَن سَبِيلِهِ ۖ وَهُوَ أَعْلَمُ بِالْمُهْتَدِينَ
"Serulah ke jalan Tuhanmu (wahai Muhammad) dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat pengajaran yang baik, dan berbahaslah dengan mereka (yang engkau serukan itu) dengan cara yang paling terbaik; sesungguhnya Tuhanmu Dia lah jua yang lebih mengetahui siapakah yang sesat dari jalanNya, dan Dia lah jua yang lebih mengetahui akan orang-orang yang mendapat hidayah petunjuk." [An-Nahl 16:125]

# Justeru itu, untuk sahabat2 kita yang sudah berpaling daripada dakwah Imam Ahmad Hasan Al-Yamani, maka kita jangan susah2 hati dengan mereka. Kita jaga silaturrahim dan hubungan baik dengan mereka macam biasa. Yang kekal bersama dakwah imam Ahmad sudah ditentukan untuk kekal, manakala yang terpesong juga sudah dituliskan akan terpesong. Kebersamaan kita semua ini sudah ditentukan oleh Allah. Bilangan ansar tidak akan bertambah atau berkurang melainkan sebagaimana yang sudah ditetapkan oleh Allah. Maju terus dengan dakwah kita sebagaimana adanya.

Wallahu a'lam.

Mohamad Sidik Saya memohon ini topik dijadikan satu muzakarah bersama untuk kita semua para ansar.

Muazakarah = dialog/perbincangan ilmiah bersama untuk mencapai kebenaran atau persefahaman.
Muhammad Eshraq Subhanallah ya akhi...inilah sebenarnya yang diajarkan oleh Imam Ahmad (as) dan ansar yg rapat dengan beliau, iaitu rukyah dan kasyaf perlu selari dengan dalil atau nas.
Rafiey Afif Ali alhamdulillah tuan,Imam Mahdi a.s dan al yamani adalah khalifah kepada Tuhan yang sama,Allah.Tidak mungkin seorang hujah yang namanya di dalam wasiat,bertentangan antara satu sama lain.Tidak mungkin ketika Imam Ahmad menyatakan bahawa beliau adalah satu  satunya pintu kepada Imam Mahdi a.s,maka pada ketika lain Imam Mahdi membuka pintu lain kepadanya apakah ia hashemboy mahupun ahlul haq.Makanya,jika hashemboy adalah Imam al mahdi a.s,sudah tentulah yang pertama mengajak kepadanya tidak lain melainkan al yamani a.s,bukan ali reza,bukan ahlul haq.Kerana apakah mereka lebih beriman kepada Imam Mahdi berbanding utusanya sendiri?
Muhammad Adli Abdul Aziz Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan Allah...Harus kita sedar bahawa Imam itu pasti juga dibukakan hijab dan diberikan kasyaf jauh lebih besar dan unggul berbanding mereka yang berada dalah aliran sufi @ irfan...

kerana imam bukan sahaja mengetahui tentang sesuatu hakikat secara tepat malah ia dapat menyampaikan kepada orang yang bertanya kepada mereka dengan jelas dan cepat mengikut keadaan orang yang bertanya itu sendiri.

Sedangkan ahli makrifat /Irfan /sufi belum tentu dapat kemukakan jawapan kepada orang awam dengan mudah kerana kemungkinan jawapan mereka itu mungkin boleh menimbulkan fitnah dan salah faham kepada orang yang mendengar
Ibnu Azmi  MasyaAllah, inilah kebenarannya. Benar apa yang akhi Mohamad Sidik katakan, dan saudara2 lain. Ana tidaklah berapa mendalami sangat ilmu keirfanan ni, namun ana sentiasa meletakkan hujah mendepani sesuatu yang tidak mempunyai kepastian yang utuh seperti ru'yah atau kasyaf.

Kata2 Imam adalah muhkam dalam isu Hashemboy, bahawa orag yang mempercayainya telah tersesat dan harus keluar dari keimanannya, maka ana x berani pula mendahulukan ru'yah atau kashaf ketimbang perkara yang muhkam sebegini. Semoga kita terselamat, insyaAllah.

Tapisan akan sentiasa wujud ke atas kita di jalan ini.

Abu Jafar (AS) bersabda: "Wahai kalian, Syiah keluarga Muhammad, kalian akan ditapis seperti celak di dalam mata. Malah seseorang itu tahu apabila celak masuk ke dalam matanya, namun tidak akan tahu bila ia keluar(dari matanya). Begitu jugalah seseorang itu akan bangun di waktu pagi mematuhi syariah kami namun tidur dalam keadaan keluar dari padanya." (- Al-Ghaybah (Occultation) by An-Nu'mani, p. 207)

Abu Abdullah (AS) bersabda:Demi Allah, kalian akan dipecahkan ke serpihan-serpihan ibarat kaca yang pecah, walaupun kaca yang pecah boleh dipulihkan ke keadaan asalnya. Oleh itu, demi ALlah, kalian akan dipecahkan seperti barangan tanah liat, yang mana bila dipecahkan, tidak dapat dipulihkan. Demi Allah, kalian akan ditapis, dan dibezakan antara satu sama lain, dan diteliti sehingga hanya sedikit sahaja dari kalian yang tinggal(yang benar di jalan AB). ](- Al-Ghaybah An-Nu'mani, 
Mohamad Sidik  Sahabat2 sekalian, saya sudah mengikuti jalan irfani ini bertahun-tahun, saya mula bersuluk ketika berumur 18 tahun selama 6 bulan. kini sudah lebih 10 tahun saya berada di jalan ini. Suluk itu ialah kita mengasingkan utk berkhalwat pada Allah. saya bersuluk dengan berzikir (la ilaha illallah) setiap hari 70 ribu kali selama 6 bulan. dalam tempoh itu saya telah habiskan zikir lebih sejuta kali.

Saya sudah bermimpi macam2, mimpi jumpa nabi2, mimpi jumpa imam2 maksumeen, dan wali2 termasuk semua wali sembilan. wali sembilan pertama saya yg datang dalam mimpi saya ialah Sunan Bonang. saya juga sudah bertemu Rasulullah dan Nabi Khaidir. Nabi Khaidir siap bagi saya doa2 khusus utk saya amalkan dan saya amalkannya sampai ke hari ini.

(Khaidir itu namanya Balya atau Bulya bin Malkhan atau Mulkhan, orangnya bertubuh rendah, bermuka bulat dan cerah, badannya berisi)

Sepanjang perjalanan suluk saya juga pernah diganggu Azazil berpuluh2 kali.. saya pernah pitam, demam dan sakit teruk selama setahun sebab diganggu Azazil dan konco2nya.

Pengalaman saya, hakikat orang yang bersuluk di jalan irfani ini berdasarkan apa yg saya lihat ialah, apabila seseorang itu sudah menyelam dan mendaki ke alam hakikat hingga sampai ke kemuncak, apabila ia gagal menemui kebenaran dan mengiktiraf kebenaran itu, maka ia akan jatuh kepada keadaan kembali kosong. Di sinilah orang2 sufi banyak sekali tersungkur dan tersesat, baik para ulama, para murabbi atau orang2 biasa.

Jadi, di akhirnya kita perlu kembali kepada syariat yg muhkam juga sebagai hujah. syariat yg muhkam itu ialah segala syariat yg datang bertulis daripada Allah melalui utusan2 lantikannya.

Bagi mereka yg mengikuti jalan keirfanan, jangan terlalu ghairah dengan ru'yah2 di alam mimpi dan terlalu yakin dengannya. Apa yg datang di alam ru'yah sama ada secara mimpi atau yaqazhah (jaga), maka biarkan ianya kekal di alam ru'yah sahaja. Bila kita hidup di alam nyata, kita perlu kembali berpegang kepada syariat muhkam yang zahir BAIK SIAPA PUN KITA, wali atau bukan wali.

Sehebat manapun kasyaf dan ru'yah yg kita terima, akhirnya kita wajib kembali kepada nas-nas yang sahih daripada utusan2 lantikan Allah berkaitan dengan urusan2Nya.

Wallahu a'lam.
Mohamad Sidik Suatu ketika waktu saya sakit teruk diganggu Iblis Azazil ketika di Syria, Nabi Ibrahim datang dalam mimpi saya, katanya:

"Apalah yang selalu merungsingkan hati dan fikiranmu itu, kalau ada yang meresahkan hatimu, banyakkanlah berdoa pada Allah di waktu pagi dan petang. Berdoalah pada Allah pagi dan petang."
Gangguan Azazil yg saya kena ialah batuk berdarah tiap2 hari selama dua bulan, jumpa doktor pergi hospital pun tak baik2... akhirnya saya disuruh Khaidir minum air zam-zam di bawah bulan purnama. lepas tu sakit saya baik.
Anuar Yunos meremang bulu tengkuk lsaya membaca thread ini..subhanaAllah..moga2 benar lah segala yang tuan2 perkatakan ini..dan segala puji juga adalah untuk Allah semata mata insyaAllah...
Anuar Yunos Tuan Mohamad Sidik boleh saya tahu bagaimana yang dikatakan bersuluk itu dan adakah ada adab2 atau peraturan2 tertentu didalam bersuluk itu ?.mudah mudahan Tuan tidak keberatan untuk mengajarkan saya serba sedikit...insyaAllah..
Anuar Yunos dan boleh saya tahu sumber2 yang mengajarkan jalan suluk ini..insyaAllah..
Ibnu Azmi Tuan Mohamad Sidik nampak x fizik Azazil?
Mohamad Sidik Azazil dtg dlm pelbagai bentuk. Sblm dia dtg dia akan hantar dulu angkatan jeneral2 dia menyerang. Bila kita dh lemah teruk br dia tunjuk wajahnya. Azazil tanduknya ada 3. Tanduk yg paling panjang rupanya seperti sbuah gunung di Najd, Arab Saudi.
Serangan Azazil yg paling teruk sekali ialah apabila Azazail sudah masuk dan duduk menempat dalam hati kita. Ketika akan kita rasa Azazil itu tuhan, kita akan rasa benci pd Muhammad, dan cinta kpd kekafiran. Pada ketika itu kita akan jadi nasibi sejati.
Ketika Azazil sudah duduk menempat di hati kita, kita akan rasa sangat benci dgn kebenaran dan Muhammad itu mahu kita bunuh. Inilah serangan Azazil paling dahsyat skali yg saya sudah kena. Hanya org yg Allah mahu selamatkan shj yg boleh trselamat drp Azzil
Sewaktu Azazil menempat di hati sy kira2 dua bulan dahulu, sy sgt benci dgn Muhammad, sgt benci dgn Ahlulbayt dan ketika itu sy mahu murtad jd org kafir. Ketika itulah semua para nabi dlm mimpi saya, imam hasan pn dtg dlm mimpi sy.
Ahmed Ahmedi teruskan tuan,saya akan terus membaca kisah -kisah misteri tuan.
Mohamad Sidik Akhirnya satu mlm ketika sedang terlantar sakit, malaikat Jibril datang kepada sy naik kuda putih dgn bawa tongkat nabi Muhammad saw, kata jibril pd sy: "Hei budak, aku akan membunuhmu . Skrg telah smp perintah Allah untukmu. Demi zahraa..." kemudian
Keluar satu cahaya petir seperti kilat dari hujung tongkat nabi menyambar badan saya, badan sy menggelepar dan sy berguling2 menjerit2 kesakitan. Waktu badan sy seperti dibakar dgn cahaya dan lumpuh seketika. Lepas tu jibril pn pergi.
Kmdian mlm tu juga, Khaidir dtg pd sy pesan suruh minum air zam zam di bwh cahaya bulan purnama selama 7 mlm. Sy buat smp habis. Lps itu Sayyidah Zahraa dtg dlm mimpi sy dn bg sy cium bajunya. Saya menangis2 dan sujud syukur krn hati sy dikembalikn pd allh
Inilah pengalaman sy kena serang Azazil ke tahap paling teruk. Jika Allah tak selamatkan saya, saya sudah jadi kafir. Azazil itu boleh menjelma menjadi sebesar alam, dan boleh mengecil seperti lubang jarum atau lebih kecil drp itu.
Jadi pengajaran utk kita sbg ansar, jgnlah ada sekelumit walau sebesar zahrah pun rs bangga dgn pencapaian diri masing2. Jika Azazil menyerang hati kita, belum tentu kita semua boleh selamat. Dalam dakwah kita ini, perkara paling penting sekali ialah:
Kita mesti sentiasa memohon pertolongan dr Allah dgn berkat imam agar hati dan jiwa kita sentiasa dipelihara Allah utk kekal selamat dlm dakwah imam yg agung ini. Jangan sesekali ada rasa bangga, angkuh, iri, dan hasad pd ansar2 yg lain.
Segala perasaan prejudis dan hasad pd ansar2 yg lain akn menyebabkan hati kita mudah diserang Azazil dan dalam sekelip mata shj hati kita akan dipalingkan drp kebenaran. Ketika itu bersoraklah segala angkatan Azazil kerana mereka sudah menang.
Tipu daya Azazil itu sgt2 halus bahkan terlalu halus utk difahami. Sebab bg menghindari fitnah2 Azazil, kita diminta imam agar menjadi para ansar yg 'amilin, iaitu yg kuat beramal dan hati kita sentiasa hidup dgn Allah.
Bila Allah sudah menempat padu dan jitu di hati2 kita, nescaya tiada peluang bagi Azazil dan konco2nya utk masuk menyerang ke dalam hati2 kita. Demi Allah pengalaman sy ini semuanya benar, ambillah apa yg sy kongsikan ini sbg pengajaran.
 Jika ada mana2 ansar yg mahu menempuhi jalan sufi dan 'irfani, in sya Allah sy akan tunjukkan jalan2nya agar kalian semua mampu selamat dan tidak tersesat. In sya Allah dan semua ini adalah utk kemenangan dakwah imam
Ibnu Azmi Mengikut pemahaman ana, jalan irfan Ahlulbait a.s adalah memahami aqidah yang di ajar Ahlulbait a.s, melaksanakan fiqh yang di ajar Ahlulbait a.s, dan beramal dengan amalan dan akhlaq yang diajar Ahlulbayt a.s. dan menjauhi apa yang tidak mereka ajarkan. Bagaimana kita boleh sesat akhi Mohamad Sidik?
Muhammad Eshraq Tuan2 dan puan2 yg dirahmati Allah sekalian, tahap atau tingkat perjalanan rohani setiap mukmin itu berbeza2, bergantung kepada keikhlasannya dalam beramal kepada Allah SWT. Taufiq atau Kurniaan Allah SWT bergantung kepada tahap keikhlasan seseorang mukmin itu dalam beramal kepadaNya.

Oleh itu, janganlah tuan pelik dengan pengalaman kerohanian seseorang itu yg berbeza2 mengikut tahap keimanan dan keikhlasan seseorang mukmin itu. Rukyah (mimpi) dan kasyaf itu adalah anugerah Allah SWT kepada hamba2Nya yg mengikhlaskan diri dalam beramal kepadaNya. Sebagai org beriman walau setinggi manapun pengalaman rohani yg kita terima, hendaklah kita sentiasa kembali kepada Tauhid dan Syariat yg diajarkan oleh Imam Ahmad dan para Imam sebelumnya, agar kita tidak terus tenggelam atau disesatkan oleh Iblis laknatullah.
Pada ilmu saya yang sedikit ini, amal yang ikhlas itu walaupun sedikit adalah lebih utama, berbanding amal yang banyak tetapi tiada keikhlasan di dalamnya. Kisah Iblis laknatullah adalah sebaik2 pengajaran,di mana amalan yg banyak dan ilmunya yg tinggiberbanding Malaikat sehingga digelar Thawoos al-Malaikah, tidak dapat menyelamatkannya apabila diuji dengan Khalifah Allah. Terbukti bahawa dia beramal bukanlah untuk Allah SWT, tetapi untuk dirinya sendiri.
Insya Allah tuan2 dan puan2 sekalian..Imam Ahmad as mengajarkan jalan2 untuk menuju ke langit pada kita. Ianya terbuka luas buat semua orang yg beriman dan tidak pernah tertutup, melainkan kita sendiri menutupnya utk diri kita sendiri. Wallahu a'lam

Muhammad Eshraq sebagai wakil Imam Ahmad a.s di Malaysia.

Di kirim oleh Ibnu Azmi

Bismillah ar Rahman ar Rahim. Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Solawat ke atas Muhammad wa aali Muhammad, para Imam dan Mahdi, wa sallim Taslima.
Berdasarkan keputusan pungutan suara yang lepas, telah kita persembahkan kepada maula kita, Imam Ahmad al Hassan a.s, dan berikut adalah jawaban bertulis Imam Ahmad melalui Syeikh Sadiq al Hussaini.

بالنسبة للانصار في ماليزيا يعتبر السيد محمد اشراق ان شاء الله خادما لهم لينظم عملهم وفقهم الله وسدد خطاهم ليوصلوا دعوة الحق للناس

Concerning the ansar in Malaysia, Mr. Muhammad Eshraq is considered a servant of theirs to organize their work, Allah willing. May Allah support them and straighten their footsteps so that they deliver the call of truth to the people.

Berkenaan Ansar di Malaysia, En. Muhammad Eshraq, di anggap sebagai khadam bagi mereka untuk menyusun atur kerja mereka, InsyaAllah. Semoga Allah membantu mereka dan meluruskan langkah mereka agar mereka menyampaikan seruan kebenaran ini kepada manusia.

Dengan ini, ana mengumumkan, secara rasminya, Imam Ahmad a.s telah melantik Muhammad Eshraq sebagai wakilnya bagi menyusun atur segala kerja dakwah dan urusan Ansar di Malaysia. Semoga kita semua boleh berkerja sama dengan beliau, insyaAllah.

Monday, 21 October 2013

Apa yang ku pelajari dari Al Yamani

Asalaamu ‘alaiku
Apa yang ku pelajari dari Al Yamani??? IMAM AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI (wasi dan utusan Al-Mahdi)

1.      Disaat aku teraba-raba, mencari-cari jalan yang lurus, jalan yang lurus itu padaku disimpul mengikut hadis Jibril. Kata Jibril kepada Muhammad An Nabiy, “Akhbirni ‘ani l-Islam…, Faakhbirni ‘ani l-Imaan…, Faakhbirni ‘ani l-Ihsaan…, Faakhbirni ‘ani s-Sa’ah (qiaamah)…, Faakhbirni ‘an Amaraatiha…”

Rupanya ke semuanya tersimpul pada, [أَطَعْنَا اللَه وَأَطَعْنَا الرَّسُولا]1 “Ata’na Allah wa ata’ana r-Rasula”. Luasnya Ilmu dan Hikmah Allah dan Risalah Ar-Rasul menyebabkan terlalu banyak firqah yang lahir dan wujud di sepanjang zaman, terutama sejak kematian Muhammad saw (shalLallahu ‘alaihi waaalihissalaam).

2.     Hakimiyah Allah: Aku di ajar oleh Al-Yamani itu. Kerajaan Allah [قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ]2 (Katakan: Ya Allah Pemilik Kerajaan…) itulah yang melantik khalifahnya. Kerana dialah yang mencipta bumi dan penghuninya (ats-Tsaqaalan) Jin dan Manusia.

a.      Dialah (Allah) yang melantik Adam, Hujjah pertama Allah atau khalifah Allah sejak mula ditempatkan manusia di muka bumi walaupun ia dipersoalkan oleh para Malaikat.

وَإِذْ قَالَ رَبُّكَ لِلْمَلَائِكَةِ إِنِّي جَاعِلٌ فِي الْأَرْضِ خَلِيفَةً ۖ قَالُوا أَتَجْعَلُ فِيهَا مَنْ يُفْسِدُ فِيهَا وَيَسْفِكُ الدِّمَاءَ وَنَحْنُ نُسَبِّحُ بِحَمْدِكَ وَنُقَدِّسُ لَكَ ۖ قَالَ إِنِّي أَعْلَمُ مَا لَا تَعْلَمُونَ
Dan ketika Tuhanmu berfirman kepada Malaikat; "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi". mereka bertanya: "Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah, padahal Kami sentiasa bertasbih Dengan memujiMu dan mensucikanMu?". Tuhan berfirman: "Sesungguhnya Aku lebih mengetahui apa yang kamu tidak ketahui". (Al-Baqarah 2:30)
b.     Hujjah atau Khalifah Allah itu dibekalkan ilmu dan Hikmah Allah mengikut kesesuaian kaum atau umat manusia di zamannya:

وَعَلَّمَ آدَمَ الْأَسْمَاءَ كُلَّهَا ثُمَّ عَرَضَهُمْ عَلَى الْمَلَائِكَةِ فَقَالَ أَنْبِئُونِي بِأَسْمَاءِ هَٰؤُلَاءِ إِنْ كُنْتُمْ صَادِقِينَ
قَالَ يَا آدَمُ أَنْبِئْهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ ۖ فَلَمَّا أَنْبَأَهُمْ بِأَسْمَائِهِمْ قَالَ أَلَمْ أَقُلْ لَكُمْ إِنِّي أَعْلَمُ غَيْبَ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَأَعْلَمُ مَا تُبْدُونَ وَمَا كُنْتُمْ تَكْتُمُونَ
Dan setelah diajarkan Adam, nama-nama segalanya, kemudian ditunjukkannya kepada malaikat lalu Dia berfirman: "Terangkanlah kepadaKu nama benda-benda ini semuanya jika kamu golongan yang benar".
Allah berfirman: "Wahai Adam! Ceritakanlah nama benda-benda semua ini kepada mereka". maka setelah Nabi Adam menerangkan nama benda-benda itu kepada mereka, Allah berfirman: "Bukankah Aku telah katakan kepada kamu, bahawasanya Aku mengetahui Segala rahsia langit dan bumi, dan Aku mengetahui apa yang kamu nyatakan dan apa yang kamu sembunyikan?". (Al-Baqarah 2:31 dan 33)
c.      Hujjah dan Khalifah yang dilantik Allah itu mesti ditaati sebagai tanda mentaati Allah [البيعة لله], Ketaatan Milik Allah, Al-Baitu Lillah. Makhluk Allah, Malaikat, Jin (Iblis, kaana mina l-Jin) dan manusia mesti sujud tanpa takwil dan patuh sepenuhnya:
وَإِذْ قُلْنَا لِلْمَلَائِكَةِ اسْجُدُوا لِآدَمَ فَسَجَدُوا إِلَّا إِبْلِيسَ أَبَىٰ وَاسْتَكْبَرَ وَكَانَ مِنَ الْكَافِرِينَ
Dan ketika Kami berfirman kepada malaikat: "Sujudlah kepada Nabi Adam". lalu mereka sujud melainkan Iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia dari golongan Yang kafir. (Al-Baqarah 2:34)
3.      Rahsia peristiwa Habil yang dibunuh Qabil disingkap oleh Imam Ahmad (Al-Yamani). Qabil membunuh Habil bukanlah kerana berebut pasangan adik beradik. Perkahwinan adik beradik adalah haram sejak dahulu lagi. Habil seorang yang taat  diberi pasangan dari bidadari syurga, sementara Qabil yang tergoda ajakan Iblis dipasangkan dengan yang jahat (berasal-usul dari jin) sepertinya. Sewaktu hujung usia Adam (wafat ketika berusia lebih kurang 930 tahun) Adam melantik Habil sebagai wasi (bakal pengganti Adam) atas perintah Allah. Qabil tidak bersetuju dan tidak puas hati lalu membunuh Habil. Akhirnya Adam melantik Sits sebagai wasi dan penggantinya, yang kemudian di kenal sebagai Nabi Sits.

4.      Di sepanjang sejarah umat manusia yang berkembang biak dan tamadun yang semakin maju Hakimiyah Allah tetap terlaksana, walaupun para Rasul (utusan) dan Khalifah yang dilantik Allah ini memiliki ilmu dan Hikmah dan saranan atau seruan Al-Baitu Lillah (Ketaatan pada Allah) ini tetap tetap berjalan tetapi masih ada makhluk tsaqaalan (Jin dan Manusia) yang terjangkit takbur Iblis yang mementingkan diri mempersoalkan:

a.      Lantikan Khalifah Allah melalui nabi sebelumnya.
b.     Ilmu dan Hikmah para khalifah Allah, Wahyu dan Al Kitab.
c.      Tidak mahu taat dengan lantikan Allah malah cenderung memilih sendiri.

Di dalam Al-Quran menceritakan seruan dan dakwah, seramai 25 nama Nabi-Nabi disebutkan walaupun nabi-nabi dan rasul berjumlah 124 000 orang dan di antara mereka disebut banyak kali seperti Nabi Musa disebut lebih daripada 130 kali dan lebih daripada 520 ayat melibatkannya. Ada diantara mereka bertaraf tinggi iaitu, Nabi Uli Al-Azem {[Yang Memiliki Keteguhan Hati] (Ulul’Azmi)}  dibukukan oleh Imam Ahmad sebuah Kitab bertajuk ‘اضاءات من دعوات المرسلين (Pencerahan Dari Dakwah Para Rasul). Kelima-lima rasul mempunyai method dan pendekatan dakwah yang berbeza kepada kaum atau umatnya. yang mempunyai cara dakwah unggul dan ujian yang maha dahsyat.

فَاصْبِرْ كَمَا صَبَرَ أُولُو الْعَزْمِ مِنَ الرُّسُلِ وَلَا تَسْتَعْجِلْ لَهُمْ ۚ كَأَنَّهُمْ يَوْمَ يَرَوْنَ مَا يُوعَدُونَ لَمْ يَلْبَثُوا إِلَّا سَاعَةً مِنْ نَهَارٍ ۚ بَلَاغٌ ۚ فَهَلْ يُهْلَكُ إِلَّا الْقَوْمُ الْفَاسِقُونَ

Maka bersabarlah engkau sebagaimana sabarnya "ulil-azmi" dari kalangan rasul-rasul; dan janganlah engkau meminta disegerakan (azab) untuk mereka . Sesungguhnya keadaan mereka semasa melihat (azab) yang dijanjikan kepada mereka, (seolah-olah mereka merasai) tidak pernah tinggal (di dunia) melainkan sekadar satu saat sahaja di siang hari.  Mencukupilah, menjadi pelajaran. maka tidak dibinasakan melainkan kaum Yang fasik - derhaka. (Al-Ahqaf 46:35)
                                                    
شَرَعَ لَكُمْ مِنَ الدِّينِ مَا وَصَّىٰ بِهِ نُوحًا وَالَّذِي أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ وَمَا وَصَّيْنَا بِهِ إِبْرَاهِيمَ وَمُوسَىٰ وَعِيسَىٰ ۖ أَنْ أَقِيمُوا الدِّينَ وَلَا تَتَفَرَّقُوا فِيهِ ۚ كَبُرَ عَلَى الْمُشْرِكِينَ مَا تَدْعُوهُمْ إِلَيْهِ ۚ اللَّهُ يَجْتَبِي إِلَيْهِ مَنْ يَشَاءُ وَيَهْدِي إِلَيْهِ مَنْ يُنِيبُ     
  
13. Allah telah mensyari’atkan kepada kamu - mengenai agama - apa yang telah diwasiatkan dengannya kepada Nabi Nuh, dan yang telah Kami wahyukan kepadamu (Muhammad), dan juga Yang telah Kami wasiatkan dengannya kepada Ibrahim dan Musa serta Isa, iaitu: "Tegakkanlah agama, dan janganlah kamu berpecah belah padanya". berat bagi orang-orang musyrik apa yang engkau seru mereka kepadaNya. Allah melorongkan krpadanya sesiapa yang dikehendakiNya, dan memberi hidayah kepada (agama)nya itu sesiapa yang rujuk kembali kepadanya. S Asy Syuraa 42:13)

5.      Apabila mengetahui ada utusan Imam Mahdi telah zuhur Wakil dari New York Times menghantar pertanyaah:
Salam alaikum wa rahmatollah wa barakatuh,
Berikut adalah beberapa persoalan yang kami mahukan tuan yang mulia menjawabnya dalam masa terdekat, tujuannya adalah untuk menyebarkan jawaban ini untuk percetakan, berkaitan misi anda dan kumpulan Imam Al Mahdi. Terdapat banyak sekali surat khabar Amerika yang mahu menerbitkan artikel ini, seperti NY Times, Wahshington Post dan Newsweek.
Sekian.
Oleh: Zyad Qasim Al Zubaidi, Jurnalis Bebas, NY, Amerika Syarikat.
Q2: Apakah matlamat misi kamu?
Misi matlamat ku adalah sama dengan matlamat para Nabi, Nuh, Ibrahim, Musa, Isa dan Muhammad (saw), iaitu untuk menyebarkan kesatuan sebenar dan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
Q3: Bilakah misi kamu bermula dan bagaimana keadaan ketika bermula misi itu? 
Misi ku bermula di penghujung tahun 1999, di Hauzah al Najf. Ia mula tersebar ke masyarakat awam 10 bulan sebelum kejatuhan Saddam Hussain. Beliau turut membuat percubaan untuk menahan dan membunuh ku, namun dengan rahmat Allah, aku terlindung darinya.
Q5: Apakah langkah-langkah yang kamu ambil untuk membuat perubahan di Hauzah tersebut. Dan adakah ia berjaya?
Percubaan ku untuk mereformasikan hauzah bermula awal misi ku dan sebelum da’wah secara terang-terangan. Noktah-noktah penting adalah tiga perkara...................
Al Yamani, IMAM AHMAD AL-HASAN AL-YAMANI (wasi dan utusan Al-Mahdi) membawa seruan para rasul dan menepati perjuangan yang digambarkan Rasulullah … iaitu untuk menyebarkan kesatuan sebenar dan keadilan setelah ia dipenuhi dengan kezaliman dan penindasan.
6.       